Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 1 (Minggu 5)

9 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2025, peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-5 ini bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang cara untuk mendraf pola & menggunting kain untuk membuat apron.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah disertai pada minggu lepas. Dalam kelas ini, peserta telah membawa bahan-bahan yang dipesan oleh Cikgu Su dalam kelas pada minggu lepas.Cikgu Su menerangkan bahawa ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah apron adalah tali penyangkut pada leher, tali pengikat dan kocek tampal. Peserta dikehendaki menyediakan kertas pola serta alatan-alatan dan menanda kertas mengikut ukuran-ukuran yang diterangkan oleh Cikgu Su untuk menghasilkan apron.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali